Sunday 4 October 2020

KESIMPULAN

LOGO JUBLI EMAS RUKUN NEGARA

Dalam sedar tak sedar, sudah 50 tahun Rukun Negara diwujudkan.Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri.

Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai satu sama lain.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik.

Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.Maka, marilah kita bersama-sama menglafazkan ikrar Rukun Negara dengan penuh semangat serta menghayatinya.Semoga segala info dan maklumat tentang Rukun Negara dapat difahami dengan mudah oleh semua pembaca BLOG dan dapat dijadikan sumber rujukan.Diharap segala kekurangan dapat dimaafkan.









#AQIl 1090

CARA MENGHAYATI RUKUN NEGARA DALAM GENERASI MUDA

 1. Mengadakan Kempen Kesedaran

Untuk menanamkan dan menghayati Prinsip Rukun Negara dalam diri individu.Remaja zaman sekarang tidak mengambil peduli tenntang rukun Negara dan kesejahteraan Negara Malaysia ini.Oleh itu pihak berkuasa boleh mengambil berat dan mengadakan kempen-kempen untuk memupuk sifat patriotik dalam seseorang.Pihak berkuasa juga boleh mengambil berat untuk memupuk perpaduan kaum dan memastikan rakyat Malaysia mengetahui tentang maksud rukun Negara.Contohnya, kempen ‘Cintai Rukun Negara’ dan ‘Bersama Menghayati Rukun Negara’.


KEMPEN 'CINTAI RUKUN NEGARA'


2. Melalui Pendidikan

Di sekolah, melalui penerapan prinsip Rukun Negara dalam setiap mata pelajaran.Untuk memastikan warga pendidik khususnya para pelajar dapat memahami dan menghormati prinsip Rukun Negara. Para guru-guru di sekolah juga mesti mengambil berat dan mengajar tentang kebaikan Rukun Negara dan maksud untuk para pelajar. Para guru juga boleh mengadakan quiz atau sesi soalan tentang Rukun Negara. Tambahan pula, Rukun Negara dapat disemaikan lagi dengan penubuhan kelab Rukun Negara di sekolah dan peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).


3. Peranan Media Massa

Media massa elektronik seperti televisyen dan internet boleh menyiarkan iklan atau program yang memberi kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip Rukun Negara. Media massa bercetak seperti akhbar atau majalah boleh menerbitkan artikel tentang kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara. Sebagai contoh, surat khabar, iklan televisyen, dan lain – lain. Hal ini bertujuan untuk memastikan masyarakat mengetahui tentang kepentingan Rukun Negara dan menghayatinya.


CONTOH VIDEO RUKUN NEGARA

4. Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak – anak mereka supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara. Hal ini bagi memastikan anak – anak faham dan patuh serta menghayati Rukun Negara sejak dari kecil hingga dewasa seperti kata pepatah ‘kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Anak – anak mesti mengetahui tentang prinsip rukun Negara dan mesti mengetahui untuk hayatinya. Masyakat patriotik bermula dari kanak kanak.Contohnya, Ibu bapa boleh memberitahu anak – anak tentang cerita negara Malaysia dan menceritai tentang Rukun Negara dan langkah – langkah untuk menghayatinya.


5. Peranan Kerajaan

Kerajaan sememangnya mempunyai tanggunjawab yang besar bagi memastikan rakyat di neagar ini sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara. Kerajaan boleh mengambil inisiatif seperti menganjurkan program yang bertemakan Rukun Negara bagi memastikan rakyat sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara. Sebagai contoh, pihak kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat agar menghayati prinsip rukun negara dengan sepenuhnya. Kempen kesedaran boleh diadakan di semua jabatan kerajaan, sektor swasta dan petubuhan bukan kerajaan (NGO). Pihak yang berkenaan boleh menggunakan media massa seperti televisyen, radio dan laman web yang merupakan wahana utama menyebarkan maklumat kepada semua lapisan masyarakat dari semasa ke semasa. Hal ini dapat menigkatkan tahap kesedaran rakyat tentang peri pentingnya rukun negara dalam kehidupan mereka sentiasa mekar dan subur dalam jiwa mereka.

#DANISH1046

Saturday 3 October 2020

CABARAN DALAM PENGHAYATAN RUKUN NEGARA DI KALANGAN GENERASI MUDA

1. Kurangnya jati diri remaja

•Individu yang mempunyai jati diri yang utuh dan teguh dalam menjalani kehidupan akan patuh pada prinsip rukun negara.

•Individu yang tidak mempunyai jati diri teguh akan mudah terpengaruh dengan budaya Barat atau budaya hedonisme seperti terlalu berteraskan hiburan yangmelampau, pergaulan bebas tanpa batas, dan hilang amalan berbudi bahasayang menjadi pegangan masyarakat.

•Ironinya, Individu yang tidak mempunyai jati diri yang kukuh tidak akan setia kepada raja dan negara dan akan belot dan menjadi pengkhianat negara.

•Tanpa jati diri yang kukuh menyebabkan sesetengah pihak melupai akan Rukun Negara,sehingga berlakunya penghinaan kepada institusi beraja dan pelanggaran undang-undang.

•Tuntasnya, rakyat yang mempunyai jati diri akan menghayati Rukun Negarakerana adanya perasaan cintakan negara sendiri.


BUDAYA HENDONISME



ISH ISH ISH... KERANA KURANGNYA JATI DIRI DALAM REMAJA
(KEJADIAN BERLAKU DI MALAYSIA)


2. Kurang memahami sejarah pembentukan Rukun Negara

•Tidak mengetahui bagaimana tercetusnya Rukun Negara.

•Juga kurang memahami fungsi dan kepentingan Rukun Negara kepadaperpaduan rakyat

•Hal ini menyebabkan tidak ada rasa sayang dan cinta kepada Rukun Negara.

•Menganggap Rukun Negara satu retorik yang diturunkan dari satu generasi kesatu generasi.


3. Kurang penekanan daripada institusi keluarga

•Ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka supaya memahami danmenghayati prinsip Rukun Negara.

•Setiap keluarga perlu memastikan Prinsip ini di hayati dengan memberikan contoh tauladan kepada anak-anak mereka supaya taat dan setia kepada tuhan,raja dan negara juga undang-undang negara.

•Pemupukan ini yang merupakan asas bernegara sudah semakin hilang dan pupus di telan zaman seiring dengan zaman yang serba moden yang serba sibukdan individualistik


4. Kurangnya pendedahan dan penghayatan terhadap Rukun Negara

•Hanya sekadar lafaz tetapi tidak memahami roh Rukun Negara itu sendiri.

•Hal ini menyebabkan tidak ada penghayatan terhadap Rukun Terhadap.

•Aktiviti promosi tentang penghayatan Rukun Negara kurang di lakukan pelbagai pihak.

•Pihak Kerajaan juga kurang mewujudkan persekitaran yang boleh mendorong kearah penghayatan prinsip Rukun Negara.


#IJAD 1050

KESAN NEGATIF PENGABAIAN RUKUN NEGARA

Pengabaian terhadap Rukun Negara dalam kehidupan masyarakat majmuk memberi pelbagai implikasi negatif termasuk ketidakharmonian dan ketegangan antara kaum. Pengabaian terhadap prinsip Kepercayaan kepada Tuhan misalnya, menyaksikan pelbagai fahaman liberal mula menusuk masuk ke dalam minda masyarakat seperti ateis, gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan perbuatan merendah-rendahkan agama.

                                            PERBUATAN YANG SALAH DI SISI AGAMA


Prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara pula diabaikan, maka fahaman anti institusi raja mula berlegar-legar dalam masyarakat yang mengakibatkan pelbagai coretan menggunakan bahasa kesat ditujukan kepada institusi berkenaan di dalam media maya.Prinsip kesetiaan kepada negara diabaikan apabila terdapat pelbagai kes yang menghina institusi negara seperti isu Jalur Gemilang yang salah spesifikasi serta isu lagu Negaraku, Jata Negara dan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan.

Apabila prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang diabaikan, maka semua terkandung dalam Perlembagaan termasuk soal hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera, kedudukan raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama Persekutuan, menjadi perkara pertikaian antara kaum hingga meranapkan kontrak sosial berasaskan kompromi antara kaum yang selama ini menjadi tunjang perpaduan antara kaum.

Apabila prinsip Kesopanan dan Kesusilaan diabaikan, maka lahirlah manusia tidak sopan dalam kalangan masyarakat.Mereka terlalu terikut-ikut dengan gaya berpakaian, pergaulan bebas, danbermacam aktiviti yang lain yang mendorong kepada gejala sosial yangserius. Budaya dan semangat nasionalisme terhadap negara tidak lagidiberi perhatian kerana lebih gemar mengikuti budaya dan pengaruhdaripada barat kerana menganggap mereka perlu berubah seiring denganperedaran )aman. Isu ini perlu diberi lebih penekanan kerana semakinlama dibiarkan, semakin ia melarat. Semangat nasionalisme kian pudardan lebih memburukkan keadaan mereka lebih mengagungkan budayaluar daripada cinta akan budaya negara sendiri.


PERBUATAN YANG TIDAK PATUT DICONTOHI

 #IJAD 1050

Thursday 1 October 2020

RUKUN NEGARA SEBAGAI ETIKA,FALSAFAH DAN IDEOLOGI

    Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”.  Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.

      Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami  latar belakang, objektif dan  prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental.

        Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) maka lahirlah Rukun Negara. Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni.

       Ideologi negara ini telah diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Sejak diperkenalkan, Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

       Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

       Lima prinsip Rukun Negara pula ialah Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara,  Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat dan difahami sebagai nilai kenegaraan yang sangat mendasar dan ianya mesti difahami dan dihayati dengan penuh komitmen, kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakayat di negara ini.Berikut penulis cuba memberikan huraian ringkas bagi setiap prinsip Rukun Negara itu.

         Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita. Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun “pemikiran luhur” dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu. Setiap penganut  agama sewajarnya menjadikan  agama masing-masing sebagai asas membina  keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

           Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah  ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini.Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Oleh itu, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh  atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

        Ketiga, prinsip Keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang  seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.


       Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang  bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).
Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia. Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu  menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

       Kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini  mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan  personaliti individu  yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama  dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal  diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya.Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang  bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan  adalah bertujuan  mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu.

        Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.
Gagasan 1 Malaysia memupuk semangat perpaduan




#DANISH1046