Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.
Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu. Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. Perkara ini dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya. Namun pada masa ini, prinsip rukun negara makin terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kepentingan penghayatan Rukun Negara dan pelbagai langkah yang efektif untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia dalam menghayati prinsip-prinsip rukun negara akan dibincangkan.
Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental.
Justeru, kepentingan penghayataan rukun negara ialah dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan patuh pada undang-undang dan peraturan negara yang ditetapkan. Salah satu prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan dan kedaulatan undang-undang. Hal ini demikian kerana semua agama di dunia telah mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Rakyat yang mendekatkan diri dengan Tuhan akan menghindarkan diri daripada gejala yang tidak sihat seperti terlibat dalam ajaran sesat, rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Individu yang patuh pada agama dan undang-undang tidak akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan untuk kebaikan dalam semua perkara seperti melanggar peraturan jalan raya dan merampas hak orang lain. Jelaslah bahawa penghayatan rukun negara dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan patuh pada undang-undang.
#ALI 1098
ππΌππΌππΌ . Teruskan usaha anda
ReplyDeleteTerima kasih kerana share maklumat ini
ReplyDeletewow content yang menarik bagus dishare ππ»ππ»ππ»
ReplyDeleteIdea yang baikπ
ReplyDeleteMantul dan mantapππ»π₯
ReplyDeletecontent yang bagus
ReplyDelete