Sunday 27 September 2020

PENGISYHTIHARAN RUKUN NEGARA

 31 Ogos 1970 – Pada tahun 1970, D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin telah berkenan mengisytiharkannya Rukun Negara pada upacara bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-13.

D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin

Rukun Negara dirangka hasil perundingan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), mengandungi lima prinsip yang menjadi kunci perdamaian antara kaum, bertujuan mencapai kemajuan bangsa.

AHLI MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN)

Ia diperkenalkan sebagai pengikat dan pembina perasaan semangat cintakan negara di kalangan rakyat. Berikutan itu juga segala aktiviti dan acara menyambut kemerdekaan negara pada tahun 1970 ini telah diisi dengan persembahan yang berteraskan Rukun Negara.

Ikrar Rukun Negara adalah seperti berikut :

1.Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

2.Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

3.memelihara satu cara hidup demokratik;

4.mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama

5.menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

6.membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

1.Kepercayaan kepada Tuhan

2.Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3.Keluhuran Perlembagaan

4.Kedaulatan Undang-Undang

5.Kesopanan dan Kesusilaan


 
           Rukun Negara dapat dianalogikan dalam lima kelopak bunga raya.

Rukun Negara merupakan falsafah dan ideologi negara hasil sumbangan pemimpin dan rakyat pelbagai kaum dari kepakaran yang tidak ternilai. Ia perlu dihayati oleh setiap warganegara yang cintakan keamanan dan keharmonian.

#AQIL1090

No comments:

Post a Comment